KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DAN KESEDIAAN GURU TERHADAP PERUBAHAN DI SEKOLAH PROGRAM TS25

Abdul Razak Kassim, Bity Salwana binti Alias

Abstract


Perubahan sentiasa berlaku dalam dunia pendidikan dan  kepimpinan transformasi didapati mempunyai hubungan yang kuat dengan tindak balas organisasi terhadap perubahan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kepimpinan transformasi Guru Besar dan tahap kesediaan guru terhadap perubahan di
sekolah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) terpilih di negeri Melaka serta mengenalpasti hubungan antara keduanya dan sejauh mana pengaruh kepimpinan transformasi terhadap kesediaan guru terhadap perubahan. Kajian ini diharapkan dapat mengesahkan lagi pengaruh kepimpinan transformasi terhadap
kesediaan perubahan serta membantu guru besar untuk mengenalpasti aspek yang perlu diberikan perhatian dalam memimpin guru di sekolah. Kajian rintis menggunakan rekabentuk tinjauan ini melibatkan seramai 51orang guru di 2 buah sekolah TS25 Kohort 5 negeri Melaka dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Pekali alpha cronbach menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi bagi semua konstruk pembolehubah kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap kepimpinan transformasi Guru Besar serta tahap kesediaan guru terhadap perubahan adalah berada pada tahap tinggi. Terdapat hubungan korelasi
yang tinggi antara kepimpinan transformasi dan kesediaan guru terhadap perubahan. Namun, pengaruh antara kedua-dua pembolehubah adalah sederhana. Dapatan kajian mengesahkan bahawa perlunya elemen mediator atau moderator yang sesuai dalam menjelaskan dengan lebih tepat pengaruh kepimpinan transformasi dengan tindak balas terhadap perubahan seperti mana yang diperkatakan dalam kajian
terdahulu. Guru besar diharapkan dapat memberikan perhatian kepada aspek pertimbangan individu bagi meningkatkan kesediaan guru terhadap perubahan. Pihak JPN dan KPM pula diharapkan agar dapat merancang kursus atau program yang sesuai bagi memastikan pentadbir sekolah mampu mempraktikkan
dimensi kepimpinan transformasi bagi meningkatkan kesediaan guru menghadapi perubahan dalam program TS25.

 

Kata Kunci: Hubungan Perubahan, Kepimpinan Transformasi, Kesediaan Perubahan, Melaka, TS25
 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN 2798 9909